Quantcast
Channel: Makan-Makan – MohdFairiz.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 33

Lai Chee Kang Sedap Di Taman Kanak-Kanak, Ipoh

$
0
0

Aku kenal menu ni dinamakan Lai Chee Kang. Macam-macam nama aku tengok kat kedai makan apabila minuman jenis ini dipaparkan di menu-menu atau pada papan signboard kedai tersebut. Ada yang kata Chikong, ada yang kata Chikang, Lien Chee Kang dan memacam nama lagi, aku sampai sekarang tak tahu apa agaknya nama sebenar bagi menu minuman penyejuk badan ni.

Lai Chee Kang

Apa yang aku tahu, origin minuman ini adalah daripada kaum Cina. Dari Negara China sendiri atau tidak, aku sendiri pun tak buat kajian. Mungkin orang-orang tua tahu tentang kisah Lai Chee Kang ni. Dari mana asalnya aku takde la nak kaji sampai dari mana mula-mula Lai Chee Kang diminum. Nanti kena buat kajian mendalam plak, kena interview sana sini, kena kajia bahan sejarah..ambil masa plak nak tulis satu entri punya pasal, tak gitu?haha..

Ok, disebabkan musim panas sekarang ni, memang digalakkan untuk korang minum air dengan banyaknya. At least 2 botol besar 500ml tu sehari. Kalau boleh lebih, lagi bagus. Minuman seperti cincau, Lai Chee Kang juga baik kerana isi di dalamnya terdapat buah-buah herba yang dapat menyejukkan badan secara semula jadi. Tapi kalau dah manis sangat, tak jaga kesihatan pula nanti kan. Dah jadi menu tak sihat plak.

Gerbang Malam, Ipoh

Lai Chee Kang biasanya dihidangkan dalam keadaan sejuk ataupun panas. Kalau di Ipoh ni, tempat paling best nak minum Lai Chee Kang ini adalah di Taman Kanak-Kanak, Ipoh. Kalau korang tak tahu mana lokasinya, ianya berdekatan dengan Konda Kondi Cafe yang pernah aku ceritakan sebelum ni atau korang boleh rujuk map di atas. Ianya betul-betul berada di belakang  lokasi Gerbang Malam, Ipoh..memang tak susah nak cari.

Kalau nak cari kedai mana satu yang sedap, pergi ke kedai dekat dengan Kedai Seri Kedah, area situ agak ramai orang makan dan Lai Chee Kang disitu biasanya tak menghampakan. Apa yang uniknya, Lai Chee Kang disitu menghidangkan Lai Chee Kang beserta telur puyuh yang telah direbus. Sebenarnya dah lama Lai Chee Kang ini popular di Ipoh sebab ramai yang suka, sebab ada telur puyuh tu. Tapi memang agak lain dan rasa sedap pula makan dengan telur puyuh tu.

Kalau korang nak cari baju bundle ke, seluar bundle ke korang boleh ke Gerbang Malam, Ipoh. Tak lupa juga korang boleh rasa juga Aiskrim Hipster, Ipoh yang semakin femes ni, iaitu Aiskrim Freddo. Lepas habis shopping, nak hilangkan penat, boleh try Lai Chee Kang sedap di Taman Kanak-Kanak berdekatan dengan tapak Gerbang Malam.

The post Lai Chee Kang Sedap Di Taman Kanak-Kanak, Ipoh appeared first on MohdFairiz.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 33

Trending Articles


Vimeo 11.8.1 by Vimeo.com, Inc.


From Male to Female


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Re: lwIP PIC32 port - new title : CycloneTCP a new open source stack for...


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Vimeo 3.42.0 by Vimeo Inc


5 Tagalog Relationship Rules