Quantcast
Channel: Makan-Makan – MohdFairiz.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 33

Kualiti Makanan Di Medan Selera Aeon Kinta City Mengecewakan

$
0
0

Semalam aku dengan wife singgah di Aeon Kinta City lepas balik dari ofis. Wife aku nak beli barang sikit kat FaceShop tempat dia selalu beli pencuci muka kat situ, tambah plak ada sale katanya, so aku pun cadang lepas tu nak makan terus la di medan selera di situ sebab lama juga aku tak singgah makan di medan selera situ.

Suasana memang agak lengang, sebab waktu hari bekerja, memang takkan ramai orang la di medan selera tu. Kebanyakan gerai yang ada memang tak perlu nak beratur pun. Biasanya yang menjadi tumpuan adalah gerai Western Food dan juga makanan Sizzling ataupun Claypot. Pilihan makanan tu je aku selalu pilih setiap kali ke medan selera Aeon Kinta City ni.

Aeon Klebang, Ipoh
Kredit Gambar – http://mom-station.com/

Bagi yang tak tahu, ada satu lagi cawangan Aeon telah dibuka di Ipoh ini iaitu di Aeon Klebang. Jalan menuju ke pekan Chemor. Kalau korang nak ke Kuala Kangsar ikut jalan lama, korang akan melalui Aeon Klebang ini terlebih dahulu. Disebabkan Aeon Kinta City ni dekat je dengan rumah aku, tambahan plak memang jalan disitu tak sesak, so Aeon Kinta City la jadi pilihan.

Makan Apa Kat Aeon Kinta City?

Kualiti Makanan Di Aeon Kinta City

Kalau korang tengok gambar kat atas ni, inilah kualiti makanan yang dibayar kalau korang makan di medan selera ni. Memang jauh beza sangat. Harganya pun boleh tahan juga. Kalau ikutkan Chicken Chop di kedai-kedai hipster kat Ipoh ni, memang beza harganya.  Saiz hidangan pun mungkin berbeza tapi kalau korang tengok sekali imbas, dah macam chicken chop kat kantin sekolah je kan? Mungkin disebabkan orang yang sudah semakin berkurangan dan juga permintaan yang semakin sedikit, rupa hidangan tidak lagi penting asalkan makanan itu dapat dimakan.

Kalau korang dihidangkan makanan seperti ini, rasanya seronok ke nak makan? Sebab lapar, makan je la kan sampai habis. Mungkin sepadan dengan harganya tu kot. Mungkin ada juga yang kata, kalau tak suka makan situ, takyah la pergi makan, tak mampu ke nak makan kat kedai yang lain, Black Canyon ke, Konda Kondi ke…bukan aku tak nak ke sana..disebabkan kedai FaceShop tu dekat je dengan medan selera, aku malas nak jalan jauh-jauh..lagipun lama tak makan di medan selera..so cuba je lah..tak sangka plak kualiti pandangan sangat tidak memberangsangkan.

Rata-rata pekerja di gerai-gerai tersebut dikuasai oleh warga asing dari Bangladesh. Mereka pula sudah mendominasi dapur-dapur di sana. Hidangan aku Claypot Yee Mee tu pun cair je kuahnya dan kelihatan sangat pucat dan tidak menarik. Udang pun kecil je tak macam sebelum ini, selera tengok…Lepas ni memang aku akan cuba pertimbangkan untuk tidak memilih medan selera Aeon Kinta City lagi disebabkan kualiti makan yang bagi aku sangat rendah….sama ada dari segi saiz hidangan ataupun rupa hidangan tersebut.

Mungkin aku lebih suka mencari kedai-kedai makan hipster kat Ipoh ni seperti Konda Kondi tu, memang tak pernah kecewa kan aku setiap kali order Western Food kat sana..Aku tak galakkkan korang makan di medan selera tersebut..supaya korang juga tak kecewa macam aku..Tapi duit korang, korang punya suka la nak makan kat mana…aku cuma tulis hasil pengalaman sendiri je..

p/s: Kalau ada restoran-restoran yang berminat nak minta aku review tentang makanan depa untuk promosi, jangan segan contact aku di ruangan contact form di atas tu, insyallah kalau baik, aku akan berikan review sebaiknya..

The post Kualiti Makanan Di Medan Selera Aeon Kinta City Mengecewakan appeared first on MohdFairiz.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 33

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Patama lines and Tagalog Quotes Pinoy Sayings


Tropa Quotes


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


The business quotes | Inspirational and Motivational Quotes for you


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.