Konda Kondi memang satu nama yang sangat catchy orang kata, sebab nama tu mengingatkan aku kepada nama permainan masa budak-budak dulu, kalau nak tahu salah satu yang paling femes masa aku budak-budak dulu, korang baca cerita tentang permainan masa budak-budak pada post yang lepas.
![Konda Kondi Cafe]()
Ceritanya adalah lokasi tempat makan best di Ipoh yang mana korang takkan menyesal apabila makan di sini. Menu-menu yang disediakan memang semuanya sedap-sedap belaka. Hampir kesemua menu telah aku rasa sendiri, memang mengancam sekali. Dikenali juga dengan label ‘Cafe Hipster’ di Ipoh, Konda Kondi Cafe merupakan sebuah cafe yang dimiliki oleh anak-anak muda belia je. Konsep cafe ini memang diilhamkan sendiri oleh mereka yang mana memang menepati trend anak muda zaman sekarang di Ipoh.
Memang tak dapat aku nafikan, kebanyakan cafe hispter di Ipoh ni semuanya menyajikan menu-menu Western sahaja dan diselitkan dengan beberapa menu Melayu, tetapi kalau di Konda Kondi, korang boleh rasa masakan Mexico, Western dan juga masakan yang resepi asalnya adalah daripada ibu pemilik cafe ini sendiri. Lepas ni aku ceritakan tentang menu-menu yang best di Konda Kondi Cafe ni.
Apa Menu Menarik di Konda Kondi Cafe?
![Menu Konda Kondi Cafe]()
![Menu Konda Kondi Cafe]()
Kalau korang tengok sendiri menu-menu yang disediakan ini, ini adalah antara menu paling popular sekali dihidangkan untuk korang yang mengunjungi Konda Kondi Cafe ini. Tak dapat plak nak ambil menu special, iaitu Nasi Ayam Hitam tu, kalau korang suka dengan menu nasi ayam, boleh try menu special tersebut (tiada dalam gambar). Tapi kalau korang tengok gambar-gambar kat atas ni memang rambang mata. Harga makan cafe macam ni mahal ke?
Dari segi harga, aku rasa masih lagi berpatutan, dan kena dengan rasa sedap menunya. Kalau tak sedap, mahal plak tu, takde la aku datang sini banyak kali. Biasanya aku pasti akan order air Honey Lemon kat cafe ni, sebab jarang ada cafe yang ada air Honey Lemon, sedap plak tu kan? ![😀]()
Selain daripada menu di atas, korang boleh juga order Aiskrim Hipster yang agak femes di Ipoh ni, iaitu Aiskrim Freddo. Review penuh korang boleh tengok sendiri pada link yang dah disediakan. Ada juga menu set sekali dengan Aiskrim Freddo ni, jadi korang dapat sekali desert yang sedap untuk makan malam di Ipoh.
![Konda Kondi Cafe FrontLiner]()
![Konda Kondi Cafe Chef]()
![TShirt Konda Kondi]()
Kalau korang datang ke Ipoh, nak cari tempat makan best waktu malam ni Ipoh, Konda Kondi merupakan pilihan paling utama yang korang boleh cari. Ini kerana, lokasi Konda Kondi Cafe ini berdekatan dengan Gerbang Malam, ataupun Uptown Ipoh la kata orang. Di sini korang boleh cari barang-barang seperti jeans, baju bundle, kasut, dan tak lupa juga tukang urut kaki yang boleh urutkan kaki korang kalau dah penat berjalan menjelajah Ipoh seharian.
Dah penat berjalan, boleh singgah terus di Konda Kondi Cafe yang terletak berhampiran dengan Maybank dan juga traffic light di situ. Tak jauh mana, betul-betul di tepi simpang.
Di Mana Lokasi Konda Kondi Cafe Ni?
![Lokasi Konda Kondi Cafe Ipoh]()
Bagi yang tak pernah lagi melancong ke Ipoh, boleh dapatkan lokasi Konda Kondi Cafe melalui alamat di atas atau search sahaja di Google Maps, korang boleh jumpa dah. Untuk lebih jelas, boleh lihat peta di atas. Tak susah sebenarnya nak ke Konda Kondi Cafe ni, tapi agak sukar nak mencari parking kereta. Biasanya memang orang akan cari parking agak jauh daripada cafe tersebut kerana ramai sungguh orang yang datang. Tambah plak kalau hujung minggu, memang penuh.
Konda Kondi Cafe dibuka pada setiap hari kecual hari Selasa, pukul 5.00 petang hingga 2.00 pagi. Korang boleh rujuk Instagram #kondakondicafe untuk gambar-gambar dan juga update terkini mereka. Bagi mereka yang nak buat reservation awal dan siap order menu sebelum datang, boleh call nombor yang tertera di atas tu dan boleh la mereka reserve kan tempat untuk korang. Tapi jangan la tak datang plak kan..sebab hujung minggu, aktiviti di sini sangat happening la katakan. Ada persembahan buskers lagi tu..
![Konda Kondi Cafe Offpeak]()
Ada satu tips nak bagi kat korang ni, kalau nak buat tempahan, dan dapat plak diskaun menarik, korang layari laman web Offpeak.my dan daftar nama korang dan buat tempahan untuk menikmati makan malam di Konda Kondi Cafe ini.
Berapa markah aku bagi untuk cafe ni?
Kesedapan makanan – 9/10
Hiasan Dalaman – 8/10
Kebersihan – 9/10
Keselesaan – 8/10
Akses – 8/10
Jadi secara rumusannya, memang baik dan bagus cafe ini untuk korang kunjungi kalau nak cari Tempat Makan Best Di Ipoh ni. Tak rugi, sebab menu-menunya semua sedap-sedap belaka dan berpatutan. Bawa la mak ayah, adik abang, girlfriend, boyfriend, tunang, isteri, suami korang makan di sini, kompem tak menyesal.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman sosial Konda Kondi Cafe seperti dibawah:
Facebook : Konda Kondi Cafe
Instagram : #kondakondicafe
Closed – Tuesday
Open – 5.00 pm to 2.00 am
The post Konda Kondi Cafe Tempat Makan Best Di Ipoh appeared first on MohdFairiz.com.