Semalam wife aku macam biasa kalau dia cuti, ada je benda dia nak buat. Malam semalam, mood dia pun macam baik je, dia nak baked ‘Congo Bar’. Aku pun baru first time dengar menu ni. Sebangsa dengan ‘brownies’ katanya. Sebelum-sebelum ni aku dah pernah rasa dah macam mana rasanya biskut yang diberi nama ‘Congo Bar’ ni, cuma baru semalam aku rasa aku snap gambar yang ala-ala dalam majalah gitu..kan?
Exif data untuk gambar ni adalah seperti berikut. Nikon D610,Lense Nikkor 24-70mm, Flash SB900, f2.8,Aperture- f4.0, Focal Length- 40mm dan aku halakan flash dari atas subjek. Aku fire flash tersebut dengan menggunakan trigger daripada Yongnuo iaitu YN622N macam dalam gambar kat bawah ni.Bagi aku setakat ini, ini merupakan trigger paling best sekali pernah aku beli dan guna. Sebabnya boleh support speed sync yang mana shutter speed korang boleh sampai maksimum iaitu 4000 berbanding kalau trigger biasa iaitu 2000 sahaja.
Congo Bar ni memang sedap, sebab tiap kali aku rasa sebekas tu…memang akan habis le jawabnya. Tapi tak boleh le makan selalu. Kang tak pasal-pasal BMI aku melampaui batas plak kan. Satu hal plak nak membakar lemak dengan amat pantas gitu. Wife aku buka untuk tempahan, bagi korang yang ada sekitar Ipoh sahaja. Malas aku nak delivery jejauh, nanti basi tak boleh makan, satu hal plak kan? Rugi je, wife aku buat penat-penat korang plak tak dapat nak rasa. Kalau datang Ipoh ambil sendiri..atau datang je rumah aku dan boleh le kot makan free..hehe..
Food Photography Nampak Senang
Kalau tengok memang nampak senang je..memang senang, ambil kamera, fokus lepas tu snap je..dari segi tu memang senang. Tapi apa yang susah sebenarnya ada ‘food style’tu. Ada sesetengah menu, perlu diletakkan dengan hiasan-hiasan yang cantik dan sesuai supaya nampak lagi sedap memandangnya. Kalau korang tengok dua gambar yang aku snap ni, dari dua sudut yang berbeza. Cuma gambar yang dari atas tu, tak best satu je aku nampak..
Kedudukan garfu dan jenis garfu tu aku nampak macam tak best. Tapi taktau la kot ada ‘food stylist’ yang boleh komen gambar ni. Dari segi cahaya dan komposisi pun aku main balun je, sebab ada shot-shot yang aku buat, memang aku tiru je daripada internet. Itu je rasanya rujukan paling pantas, apa susah, tengok dan cuba buat la lebih kurang kan?
Aku tengok buku kat Amazon.com pun macam best je nak beli, nanti dulu kot. Aku cuba tengok market untuk ‘food photography’ kat Malaysia ni. Memang ada yang dah buat secara profesional. Rate dia pun dia bagi secara terang-terangan di laman webnya.
Tapi kalau tengok portfolio dia dan juga client-client yang pernah dia bekerja, memang hebat. Confirm ada team khas untuk buat projek ni. Teringin tu ada la juga nak masuk ke bidang food photography ni. Cuma dari segi ilmu food styling tu mungkin agak kurang. Nak upah food stylist, kot lagi mahal plak rate dia..ahaha..
Apa pun aku cuba dulu dari rumah, dan hasilnya pun aku rasa macam best. Shoot dari meja makan kat rumah aku je ni. Cuma ada effect lighting je. Takde la sampai nak beli softbox. Belum lagi rasanya sampai ke arah itu. Kot ada mana-mana restoran kat area Ipoh ni yang nakkan servis food photography daripada aku, boleh contact melalui contact form yang disediakan ye. Insyallah rate yang aku bagi taklah sampai beribu, mungkin untuk permulaan, dalam RM300-RM500 sahaja bagi satu sesi penuh untuk semua menu di restoran korang.
Apa yang penting adalah food presentation tu tu juga. Kalau korang masak, hidang atas pinggan biasa je, mana nak nampak ekslusif ye tak? Kena la hidang kat atas pinggan yang cantik supaya orang rasa best je tengok dan rasa minat sangat nak order. Ada juga yang merungut kekadang gambar dalam menu yang cantik tu, tak serupa dengan yang dihidang. Selalunya orang akan letak pada menu, gambar pada menu tu sekadar illustrasi sahaja. Memang tak boleh nak salah kan depa juga kan.
Contoh paling jelas kalau korang order makanan seperti KFC, McDonald, Pizza Hut ke, tentu perasan, kalau dalam menu tu nampak cantik dan menarik je kan? Tapi kalau korang nak tahu, kos nak ambil gambar burger tersebut supaya kelihatan sempurna menelan puluhan ribu ringgit dan disiapkan dalam masa beberapa minggu?
Tak silap aku, aku pernah tunjukkan video kat korang tentang bagaimana iklan McDonald tu dibuat dan bagaimana bentuk burger pada iklan tu langsung tak sama macam yang korang dapat setiap kali order tu. Apa yang betul-betul sama aku rasa cuma air yang dipesan…hahhaa..tak gitu?
Panduan Buat Bisnes Burger Lima Angka
Kalau korang ada buat Bisnes Burger, boleh tangkap gambar setiap burger yang korang hasilkan tu lagi baik rasanya bukan? Confirm orang akan lebih tertawan. Tapi nanti menelan belanja tinggi plak kan nak upah food photographer plak nanti. Kalau korang buat DIY sekalipun,cuba tiru dari majalah-majalah makanan yang ada atau diinternet.
Bukan susah mana rasanya bukan? Pinjam la kamera DSLR kekawan yang ada tu sekejap cakap korang nak tangkap gambar burger yang korang jual tu kan? Tambah plak skill masak burger korang tu memang terhebat sekali kat tempat korang.. silap-silap rasanya korang diupah kerja kat hotel nanti..buat burger khas kat hotel tersebut, tak ke tambah lagi untung korang kan?
The post Cuba-Cuba Food Photography appeared first on MohdFairiz.com.