Quantcast
Channel: Makan-Makan – MohdFairiz.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 33

Tempat Makan Best Di Ipoh

$
0
0

Kalau sebut pasal makan, korang tentu nak cari tempat yang ada makanan sedap-sedap kan? Bermula dengan sarapan pagi sehinggalah ke lewat malamnya. Tapi bagi yang pertama kali menjejakkan kaki ke Ipoh, mungkin nak dapatkan tempat makan yang best tu kurang pasti dimana tempat yang popular dan yang paling penting adalah SEDAP..kan?

Walau best mana pun tempat makan tu, tapi kalau tak sedap, tambah plak harganya yang mahal..tak padan dengan rasa makanan tu, mungkin korang sendiri rasa tak puas hati nak makan bukan? Kalau korang datang ke Ipoh, mungkin korang boleh cari tempat-tempat makan best di Ipoh ni seperti yang aku akan ceritakan sekejap je lagi.

Sarapan Pagi

Aku mulakan dengan sarapan pagi ye..Bagi mereka yang ingin bersarapan pagi tu mungkin ada beberapa pilihan menu popular di Ipoh ni seperti Mee Kicap, Mee Kari Daud Mat Jasak, Roti Telur Goyang dan banyak lagi. Tetapi nama menu yang aku sebutkan tu merupakan antara menu yang amat popular sekali apabila bersarapan pagi.

Mee Kari Daud Mat Jasak

Mee Daud Mat Jasak

Lokasi popular untuk menu Mee Kari Daud Mat Jasak adalah berdekatan dengan UTC Ipoh. Kedainya di tepi jalan je, korang boleh rujuk gambar mana rupa kedainya. Rasa mee karinya memang best dan kalau korang pertama kali rasa, confirm la rasa nak hirup sampai habis kuahnya tu sebab sedap sangat..

Kredit Gambar – Atai

Kalau untuk menu Roti Telur Goyang plak, aku rasa korang harus cari Medan Selera Dato Sagor iaitu bersebelahan dengan Masjid Sultan Idris Shah II Ipoh atau Masjid Negeri Ipoh berdekatan dengan Stesen Keretapi Ipoh. Kalau korang datang dari stesen keretapi tu, dah dekat dah, boleh jalan kaki je. Tapi hari Ahad tak silap aku gerai semua tutup..pagi Sabtu tu masih ada rasanya.

Roti bakar telur goyang

Medan Selera Dato Sagor

Kredit Gambar – Eatz.me

Duduk je kat mana-mana kerusi dan korang order je menu Roti Telur Goyang..mana rupa bentuknya? Korang boleh rujuk gambar yang aku letak tu..dan mana rupa Medan Selera Dato Sagor, tengok gambar di atas ye. 😀 Tapi sekarang ni medan selera ni sedang dalam proses pengubahsuaian. Tempatnya telah diubah ke belakang sedikit. Korang kena berjalan ke depan sikit dan korang nampak medan selera tersebut tu dipindahkan di sebelah belakang. Agak terceruk sikit, tapi intai-intai atau tanyalah orang kalau korang tak nampak..hehe..

Makan Tengah Hari

Nasi Vanggey

Untuk makan tengah hari, aku cuma akan tunjukkan satu menu sahaja yang paling popular di Ipoh, tapi bagi mereka yang agak kurang gemar dengan masakan mamak,boleh try lagi satu menu iaitu Nasi Ayam Fuziah ataupun Nasi Ayam Hainan Ipoh. Menu paling popular di Ipoh untuk makan tengah hari tak lain tak bukan adalah Nasi Vanggey. Penangan nasi vanggey ni sampai orang gelar ‘Nasi Ganja’ dan ramai yang pertama kali dengar tentu takut nak makan, sebab kompem ye bubuh ganja dalam tu..nanti kena tangkap plak ye?

Tapi jangan risau..ganja tu bermaksud, korang akan gian nak datang lagi untuk rasa…nafsu macam membuak-buak plak nak pegi makan nasi vanggey ni sebab keenakan sambal dan juga ayam berempahnya tu. Betul, aku tak tipu..Lokasi Nasi Vanggey ini adalah di Greentown Business Center iaitu berdekatan dengan Hospital Ar Ridzuan, Ipoh dan juga berdekatan dengan Dewan Bandaraya Ipoh.

Makan Malam

Mee-Udang-Ketam-Sempoiiii

Bagi menu makan malam, aku baru discover satu tempat yang menarik ni. Mungkin berita baik bagi penggemar UDANG GALAH. Di restoran ni korang boleh menikmati hidangan udang yang best-best dan juga menu masakan yang sedap. Korang boleh pergi ke Tg Rambutan. Nama restoran ini adalah Mee Udang Ketam Sempoi Diraja. Memang best sungguh udang-udang yang ada..Udang galah, udang harimau ke, semuanya ada untuk korang pilih dan makan.

Mee-Udang-Ketam-Sempoi

Mee-Udang-Ketam-Sempoii

Mee-Udang-Ketam-Sempoiii

Kalau mereka yang jaga kesihatan tu, duk makan vitamin kesihatan tu, rasanya kena elakkan kot. Tambah plak bagi mereka yang ada sakit Gout, rasanya menu ni bukan jadi pilihan mereka.Lupa nak bagitau, lokasi kedai ini adalah di belakang Petronas Tg Rambutan, kalau korang jumpa Petronas di tepi jalan tu, jalan depan sikit korang nampak simpang ke belakang stesen minyak tu. Korang akan nampak dalam 100 meter je dari Petronas Tanjong Rambutan.

Itu saja kot aku nak cerita serba ringkas tentang tempat makan best kat Ipoh ni. Kalau nak diikutkan ada banyak lagi. Rasanya ada yang komen nanti kat bawah ni duk cerita. Kalau nak cerita memang banyak sangat..aku ceritakan yang ini dulu le untuk panduan korang yang nak cari tempat makan best kat Ipoh ni kan.

Kalau ada restoran-restoran baru di Ipoh ni yang nak memperkenalkan menu best restoran korang tu, jangan segan silu contact aku. Boleh aku review menu restoran korang tu dan aku boleh cerita dengan bestnya kat blog aku ni kan. Harga jangan risau, boleh runding punya..kan? Boleh gunakan contact form kalau ada yang berminat.

p/s: Kalau ada tak tahu tempat, nak mintak aku tunjukkan, boleh je…tapi kena la sponsor makan..ahaha…

The post Tempat Makan Best Di Ipoh appeared first on MohdFairiz.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 33

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Patama lines and Tagalog Quotes Pinoy Sayings


Tropa Quotes


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


The business quotes | Inspirational and Motivational Quotes for you


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.