Aiskrim rasanya ramai orang suka makan dengan kelahapnya. Tak kiralah korang budak kecik ke, orang tua, laki ataupun perempuan. Boleh katakan hampir semua peringkat umur amat suka dengan aiskrim. Tapi kali ni aku nak cerita sikit kat korang yang datang ke Ipoh nak cari salah satu tempat untuk merasa aiskrim yang best di Ipoh. Selain banyak tempat makan best kat Ipoh ni yang tak sempat aku update, ini merupakan salah satu spot yang korang kena singgah.
Sedap Ke Aiskrim Freddo?
Ini adalah rupa bentuk Aiskrim Freddo yang paling femes kat Ipoh ni. Mungkin ramai yang melawat Ipoh tak pernah dengar nama aiskrim ini kan? Sebabnya kedai ni hanya dibuka pada pukul 8.00 malam. Siang takde jual..hehe..jadi kalau korang jalan siang hari, memang tak jumpa. Korang boleh beli aiskrim ini pada malam hari sahaja.
Aku dah rasa sekali aiskrim ini, memang aku rasa sangat berlainan….kenapa aku kata lain daripada aiskrim lain? Tak pernah lagi aku tengok aiskrim yang dialun-alun oleh penjualnya dan diuli-uli dalam kuali ala-ala ‘teppayaki’ tu. Korang boleh tengok sendiri kalau korang tak percaya. Harga pun punya la murah…topping pun korang boleh pilih sendiri, sekali tengok macam Tuti Frutti…tapi bukan dia..dan lagi sedap…serius..
Kalau tak caya, korang try tengok video Aiskrim Freddo ni…..best je tengok..
Dimana Lokasi Aiskrim Freddo ni?
Kalau korang pernah pergi ke Gerbang Malam, Ipoh, korang akan jumpa sebuah lagi kedai makan best di Ipoh ini iaitu Konda Kondi. Nanti aku nak cerita pasal bestnya makan kat Konda Kondi plak. Belum berkesempatan nak ambil gambar yang sedap-sedap kat sana..nanti aku cerita detail, musim hujan ini agak payah.
Lokasi Aiskrim Freddo ini adalah betul-betul je sebelah restoran Konda Kondi ni. Korang order je flavour aiskrim yang korang inginkan, nanti mereka akan hantarkan, sebab kadang-kadang orang ramai sangat. Memang ramai orang kalau korang lambat. Kalau bukak siang hari ni rasanya tak sampai sejam dah habis kot ye?
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi terus atau lihat lagi banyak gambar dan juga review tentang Aiskrim Freddo ini pada page mereka ye.
Facebook – Freddo Street Ice Cream
IP0422243-V
Monday – Sunday
9 PM until 12 AM
Its all about an Ice Cream
#freddo #icecream #milk #yogurt #ipoh #gerbangmalam #halal
The post Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh appeared first on MohdFairiz.com.